Erich Karkoschka

Erich Karkoschka (lahir 1955) merupakan seorang pengkaji planet di Makmal Planet dan Qamari, Universiti Arizona. Beliau menemui bulan Uranus, S/1986 U 10 (kemudian dinamakan sebagai Perdita) melalui gambar yang diambil oleh kapal angkasa Voyager 2.[1]Buku beliau yang bertajuk Atlas Langit Pencerap telah diterjemahkan dalam beberapa buah bahasa sebagai sumber kepada mereka yang berminat untuk mencerap langit.[2] Sebuah asteroid yang dikenali sebagai 30786 Karkoschka (1988 QC) telah dinamakan sempena nama beliau sebagai penghormatan kepadanya.[3]